Thursday, April 30, 2009

Program PEN - GAPENA - DBP

Assalammualaikum.. perhatian kepada para penulis dan penggiat sastera.
Pada 8-10 Mei ini Persatuan Penulis Negeri Sembilan akan mengadakan Bengkel Penulican Cerpen dan Puisi di Melaka dengan kerjasama Gapena-DBP.Umur para peserta hendaklah antara 16-35 tahun.Penyertaan adalah Percuma. Jika ada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Puan Mahaya di nombor - 012-3083965 sebelum 3 Mei.


ps: Program ini amat bagus, percuma pula tu. malangnya saya tak dapat menyertai kerana ada program untuk hari Lupus Sedunia pada 9 & 10 Mei ini. Tetapi sesiapa yang berminat, ini adalah peluang keemasan. bukan senang nak dapat bengkel percuma di Melaka pula tu.

Monday, April 20, 2009

Meriah di Pesta Buku



Siang tadi, saya ke pesta buku buat pertama kalinya pada tahun ini. Sekejap saja dari pukul 19-12 tengah hari untuk slot bersama penulis pts. Alhamdulillah.. hari ini giliran saya dan kak Fiza (Natasya Effizal)sign autograf dan mempromote buku masing-masing. alhamdulillah.. pada mulanya saya agak kecewa apabila tiada siapa yang mahu membeli buku saya pada satu jam pertama. tetapi selepas jam 11-12.. buku-buku saya agak banyak terjual juga. Saya belajar satu kesalahan di sini, kebanyakan pembaca cilik sudah memiliki buku2 saya sebelum ini, jadi mereka hanya tunggu yang baru. seperti Kak Fiza, buku terbarunya, Tempat Kedua yang dapat sambutan tadi kerana buku-bukunya sebelum ini sudah ramai yang ada. bila agaknya buku baru saya nak keluar? insyaallah saya akan pastikan adik-adik comel tak menanti terlalu lama. pasti ada sebelum berakhirnya tahun ini :)

Inilah yang seronoknya apabila kita tulis buku kanak-kanak. Bukan kaum penulis saja yang akan datang membelek buku kita.. tapi anak-anak yang comel ini. Gelagat mereka sungguh mencuit hati. Ibu bapa yang sporting pula sanggup membelikan buku-buku yang anak mereka gemari. Benar-benar memupuk minat membaca. saya suka begini!
Mereka sungguh seronok apabila buku yang mereka beli ditandatangani, malah dapat bergambar pula. Paling happening masa slot kuiz diadakan.. ramai berkerumun.. dan berebut hendak menjawab. Paling kasihan ada remaja lelaki yang cuba mengurat kami.. sedangkan saya dan kak FIza masing-masing sudah ada seorang anak! hehe..

Malangnya, saya tak dapat lama di sana, tepat jam 12 saya terpaksa pulang segera kerana suami saya hendak pergi kerja. ini pun kira nasib baik dia sudi menemani saya dan menjaga anak semasa sesi bersama penulis ini berlangsung. Hajat di hati ingin bertemu kawan-kawan penulis di booth lain, tetapi tidak sempat. saya juga semacam ternampak kelibat Kak Nisah Haron,ingin mengejarnya, tapi takut salah orang pula,kerana pengunjung terlalu ramai... dan saya tidak boleh meninggalkan meja begitu saja tatkala adik-adik comel ingin dilayani.

Emm.. bila agaknya saya dapat ke sana lagi.. kena tunggu cik abang cutilah. Mungkin Ahad nanti insyaallah.. tapi perlu datang pagi-pagi.. sebab orang belum ramai.. kalau tak sian kat baby..

World Lupus Day 2009 Malaysia

World Lupus Day 2009 Malaysia

World Lupus Day, 10 May, this year will be based on the theme "The Child with Lupus". There are a few events held in conjunction of the celebration.

1) "Colours of Hope" Art Event on Sat, 9 May

2) "Colours of Hope" Wall to display the children's art pieces

3) Launch of World Lupus Day on Sun, 10 May

4) Sale of the children's novel "Pelangi" (Rainbow) on 9-17 May


Events held for the World Lupus Day 2009:

1) "Colours of Hope" Children Art Event on Sat, 9 May
PSLEM and Get Crafty are organizing an event for children ages 3-15 years old to take part in a one-and-a-half hour art session using an artwork or craftwork of their own choice based on our butterfly theme (butterfly mobiles, butterfly masks, butterfly cut-outs, batik painting, etc.).There will be an entrance fee of RM25 per child (less than 50% of Get Crafty's usual rate of RM45 per session). Each child will also get a goodie bag comprising muffins, snacks and drinks.Note that it will be an art experience NOT an art competition, so every child has the chance to express himself/herself without stress.

2) "Colours of Hope" Wall to display the children's art pieces
After the art event, there will be an exhibition to exhibit the children's art pieces on a "Colours of Hope" Wall (a flat vertical structure) at 1 Utama to be unveiled by the Minister of Health during the launch of World Lupus Day the next day.

3) Launch of World Lupus Day on Sun, 10 May
The theme for this year will be "The Child with Lupus" to address issues raised by parents who worry about the wellbeing and future of their child with Lupus. We wish to encourage these parents that there is hope and a future for their children despite the medications and treatment the child has to undergo -- thus jiving with our "Colours of Hope" children's art event. There will be the unveiling of the "Colour of Hope" Wall and the cutting of the World Lupus Day cake by the Minister of Health.

4) Sale of the children's novel "Pelangi" (Rainbow) on 9-17 May
"Pelangi" is a story about Farha Ibrahim's experience and what she went through as a child with Lupus (at the age of 11). Farha, now has grown to be a beautiful young woman of 26 with a 3-year old daughter and 5-month old son.There will also a sale on World Lupus Day butterfly souvenirs to raise funds for charity.

Members are urged to get your friends to join the group, to support and create awareness among Malaysian about SLE.

Tuesday, April 14, 2009

“Apresiasi Bakat Fiksyen Sains dan Fantasi Tempatan”







Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Sai-Fai.com dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan akan melaksanakan program di atas berdasarkan maklumat berikut:

Tajuk : “Apresiasi Bakat Fiksyen Sains dan Fantasi Tempatan”

Tarikh : 19 April 2009 (Ahad)

Jam : 2.00 petang

Tempat : Dewan Kedah/Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.

Ahli Panel :
Ahmad Patria Abdullah
Nisah Haji Haron
Nizam Zakaria
Azhar Abdullah

Moderator : Fadli Al-Akiti



Peminat sastera, khususnya Sai-Fai dipersilakan hadir.





Atur Cara


2:00 ptg Pameran bermula

3:00 ptg Forum bermula
Tajuk: “Apresiasi pengkarya fiksyen sains dan fantasi – Cabaran dan Masa depan”

5.00 ptg Sesi soal-jawab

5:30 ptg Forum berakhir

6:00 ptg Pameran berakhir