Sunday, June 28, 2009

Hikmah Bulan Rejab

Kelebihan Bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Monday, May 25, 2009

Bujangku Sayang

Alhamdulillah.. akhirnya terbit juga novel kanak-kanak saya yang terbaru berjudul BujangKu Sayang. Ia insyaallah akan mula diedarkan pada bulan hadapan. Ini pertama kali novel kanak-kanak saya diterbitkan di Buku Prima. Saja, nak mencuba.
Di bawah ini sinopsisnya:




BUJANGKU SAYANG
oleh Aida Munira/ Ida Munira
Terbitan BUKU PRIMA SDN. BHD
RM 10.00
Cetakan pertama 2009

BUJANGKU SAYANG mengisahkan Bujang, seekor anak beruang madu yang menjadi haiwan peliharan Asyraf. Bujang amat jinak dan akrab dengan Asyraf serta kawan-kawannya yang lain iaitu Ajit, Lili dan Amin. Mereka semua menyayangi Bujang. Walau bagaimanapun, kedatangan konvoi sarkas yang mahu membuat persembahan di Kampung Tuadang telah mengubah segala-galanya. Pada mulanya, Bujang mahu dibeli oleh orang terpengaruh dalam sarkas, namun keluarga Asyraf menolak kerana mereka begitu sayangkan Bujang. Malangnya, tidak lama kemudian seorang peduduk kampung mati akibat diserang beruang di pinggir hutan kampung itu. hasil siasatan mendapati kematiannya disebabkan oleh serangan binatang liar atau lebih tepat lagi beruang. Tidak semena-mena Bujang telah dituduh membunuh mangsa itu.

Jadi, adakah Bujang yang telah membunuh penduduk kampung itu? Adakah bapa Asyraf akan menjual Bujang kepada orang sarkas? mampukah Asyraf, Ajiy, Lili dan Amin lakukan sesuatu untuk menyelamatkan anak beruang madu tersebut?

ps: Diharap, kawan-kawan sudi mendapatkan buku ini. Jika tidak untuk bacaan sendiri, boleh dihadiahkan kepada anak atau adik-adik. :)

Tuesday, May 19, 2009

Pesakit yang tabah



Di atas adalah gambar Farha dan dua orang anaknya. Dialah hero novel Pelangi saya tu haha. kisah benar dialah. Gambar di atas diambil semasa Hari Lupus Sedunia pada 10 Mei lalu. Dia kawanbaik saya dan saya kagum dengan ketabahannya. sentiasa ceria walaupun berpenyakit kronik.

Ini beritanya yang keluar di Berita Minggu hari ini:


Lupus penyakit kronik kekal
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


Kira-kira 11,000 rakyat Malaysia hidap masalah genetik yang tiada penawar

FARHA Ibrahim berusia 11 tahun ketika disahkan menghidap penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau Lupus yang berkaitan dengan autoimun tubuh.

Pada awalnya, Farha, 27, mengalami demam panas yang berpanjangan. Sekejap sembuh, kemudian kembali demam. Selain itu kakinya juga bengkak dan sentiasa dalam kesakitan.

Kekerapan demam menyebabkan doktor yang merawat mula mengesyaki Farha mungkin menghidap demam akibat jangkitan pada saluran pernafasan - demam rheumatik. Beliau diberikan ubat dan dalam sekelip mata, semua masalah dianggap selesai. Farha boleh pulih seperti biasa, tetapi itu bukan penyelesaiannya.

“Saya bersama keluarga bersantai di sebuah taman tema di ibu negara. Sebaik pulang ke rumah, seluruh tubuh saya dipenuhi ruam kemerah-merahan,” katanya.

Beliau dirujuk semula kepada doktor yang sama merawatnya dulu dan ketika itulah menerima jawapan sebenar penderitaannya iaitu menghidap SLE atau Lupus. Namun, sekitar 1993, tidak banyak diketahui mengenai penyakit itu dan tidak hairanlah walaupun sudah disahkan menghidapnya, bapanya tidak merujuk Farha ke hospital untuk rawatan. Sebaliknya, Farha dibawa berjumpa dengan ramai bomoh di seluruh negara.
Lupus pada muka.


“Selama setahun saya diubati oleh ramai bomoh, termasuk yang mendakwa handal kerana berkawan dengan orang bunian. Sepanjang tempoh itu, tanpa rawatan yang betul, penyakit saya bertambah teruk. Tubuh kurus, berat badan terus susut kerana tidak lalu makan. Malah saya terlalu lemah hinggakan tidak boleh berjalan,” katanya.

Farha juga tidak ke sekolah selama setahun kerana asyik dibawa berubat dengan bomoh di seluruh negara. Beliau tidak menyangka dalam tempoh itu jugalah, penyakit Lupus sudah menyerang paru-paru, jantung dan buah pinggangnya.

Mungkin Farha akan terus mencari bomoh jika kakaknya tidak bertindak nekad membawanya ke hospital pada usia 12 tahun.

“Selepas setahun tanpa rawatan, saya masih ingat doktor yang membuat pemeriksaan itu memberitahu Lupus sudah menjejaskan paru-paru, jantung dan buah pinggang. Sedangkan, ketika mula-mula didiagnosis, Lupus hanya menyerang kulit dan sendi,” katanya.
Kanak-kanak yang diserang Lupus perlu diberi perhatian.


Farha bagaimanapun masih dapat diselamatkan walaupun terpaksa ditahan selama empat bulan di hospital. Malah dia berpeluang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di dalam wad walaupun gagal hadir ke sekolah selama setahun.

Empat bulan di wad, Farha dipantau rapi. Dia terpaksa mengambil steroid sebagai sebahagian rawatan komplikasi Lupus. Ini disebabkan hingga kini Lupus belum ada penawarnya. Sejak itulah hingga kini, Farha bergantung pada steroid dan ia mungkin perlu bergantung kepadanya seumur hidup.

“Saya sudah biasa aktif bersukan. Namun dengan Lupus dan mengambil steroid, saya perlu berhati-hati. Misalnya tidak terlalu aktif dan berjemur pada cahaya matahari,” katanya.

Begitupun, sedikit pun Farha tidak menyesali apa yang menimpanya. Apa lebih penting, ialah memahami mengenai Lupus. Disebabkan dia didiagnosis dengan Lupus seawal usia 12 tahun, Farha menjaga dirinya sendiri sebaik mungkin. Mengambil ubat dan mengelak faktor yang akan mengundang penyakit itu.

“Saya sedaya upaya tidak mahu berada dalam keadaan tertekan. Kalau tertekan, penyakit akan mudah menyerang. Simptom Lupus untuk setiap pesakit tidak sama. Untuk saya, kalau rasa letih atau lemah sangat, itu petanda penyakit sudah menyerang,” katanya.

Walaupun didiagnosis dengan Lupus, Farha kuat semangat. Setahun tidak ke sekolah dan menduduki peperiksaan di dalam wad, Farha berjaya juga menjejak kaki ke universiti. Lulusan kejuruteraan awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini kemudian menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun.

“Saya beritahu bakal suami apa yang saya hadapi dan kemungkinan yang mungkin berlaku jika saya hamil. Beliau memahami dan Alhamdulillah, saya tidak mengalami masalah untuk hamil walaupun doktor menasihatkan supaya tidak mengandung,” katanya.

Hari ini Farha yang mengusahakan kedai jahitan, sudah bergelar ibu beranak dua. Masih bergantung pada steroid, tetapi Farha tidak mahu memikirkan kesan jangka panjang pengambilan steroid. Apa yang penting untuknya, memiliki keluarga bahagia dan melihat anak membesar serta berjaya.

Hakikatnya, Farha adalah seorang daripada ribuan pesakit Lupus di Malaysia. Walaupun ia dipercayai lebih banyak menyerang wanita dewasa, namun ia juga boleh menyerang kanak-kanak.

Kesan jangka panjang pada kanak-kanak juga berbeza dengan pesakit dewasa kerana mengambil steroid pada masa yang lama. Namun seperti kata Farha, hanya dengan bantuan steroid dia boleh menjalani kehidupan normal walaupun itu bermakna terpaksa mengambil steroid sepanjang hayat.

Sunday, May 17, 2009

Renungan untuk Suami Isteri Yang Bekerja

Sejak kebelakangan ini, selain dari virus babi, saya terjumpa satu topik yang amat menarik minat saya. Iaitu sebuah renungan untuk suami isteri yang bekerja.Seorang kenalan saya berdiskusi dengan saya akan hal ini. Berkali-kali juga kami membaca artikel ini.

Renungan untuk Suami Isteri Yang Bekerja

Kita rasa pelik dan aneh manusia hari ini. Sebagai renungan, mari kita lihat pelik dan anehnya tentang suami isteri yang bekerja. Antaranya:

1. Mereka mengeluh tentang penjagaan anak-anak, tapi isteri disuruh bekerja atau dia sendiri (si isteri) suka bekerja.

2. Mengeluh mencari pembantu rumah amat susahnya, tapi isteri disuruh bekerja di luar rumah. Tidak senang bila isteri kurang memberi layanan. Bagaimana hendak melayan suami, balik ke rumah isteri sudah letih. Adakalanya dia bekerja balik larut malam.

3. Isteri-isteri ada yang cemburu dengan pembantu-pembantu rumah tapi malangnya dia sendiri yang hendakkan pembantu.

4. Ada suami isteri takut mengambil pembantu rumah, maka dipanggillah ibunya untuk menjaga anak-anaknya. Sudahlah kita dahulu dia menjaganya, sekarang anak kita pula kita suruh dia menjaga. Di mana adab kita dengan orang tua? Sepatutnya orang tua kita itu kita suruh dia rehat-rehat sahaja dan kita jaga dia, bukan dia yang hendak menjaga kepentingan-kepentingan kita.

5. Kita inginkan isteri taat setia kepada kita. Bagaimana dia hendak setia, sebelum kahwin lagi dahulu perangai kita telah diketahuinya. Di samping itu dia makan gaji, duit ada di poket. Adakalanya gaji dia lebih besar daripada gaji kita dan kelulusannya lebih tinggi dari kelulusan kita. Dia boleh berdikari. Bagaimana hendak memberi sepenuhnya ketaatan kepada kita.

6. Yang isteri pula tidak senang kurangnya layanan suaminya. Dia lupa, yang melayan makan minum suaminya orang gajinya atau ibunya. Dia balik sudah keletihan. Adakalanya suami ada di rumah, dia belum balik lagi dari kerja. Adakalanya suaminya bercuti rehat, isteri tidak dapat cuti. Adakalanya suami ada kereta, isteri juga ada kereta. Masing-masing pakai kereta masing-masing, seorang ke hulu seorang ke hilir. Sesetengah isteri sudah balik ke rumah pun, orang cari dia lagi kerana dia orang penting masyarakat. Bila hendak layan suami? Orang datang ke rumah bukan cari kita, mereka cari isteri kita, justeru dia orang besar negara. Bagaimana tidak tersentuh hati suami.

7. Kita tidak senang dengan anak-anak kita. Selalu sahaja keluar rumah, balik lewat malam. Taat setianya sudah tidak ada lagi dengan kita. Macam-macam hal dibuat di luar rumah. Kita lupa kita suami isteri makan gaji, selalu tidak ada di rumah. Anak-anak terbiar dan tidak terurus. Kalaupun ada yang melayan, orang gaji. Mana sama dengan ibu bapa. Kita sebagai ibu bapa, bila balik, badan sudah letih. Mudah sahaja marah-marah dengan anak-anak. Sudahlah begitu, kita sebagai suami isteri atau ibu bapa di dalam keluarga, tidak ikut syariat pula. Kalau bersembahyang pun tidak berjemaah. Anak-anak tidak diberatkan bersembahyang. Beradab dengan ibu bapa tidak diajarkan. Bagaimana makan minum, berpakaian, tidur baring, berehat, adab dengan jiran tidak pernah didisiplinkan. Kemudian kita susah hati anak-anak telah menjadi liar.

8. Sudahlah begitu, TV pula memainkan peranan mendidik kita dan anak-anak kita di luar adab sopan agama dan bangsa. Pengaruh TV itulah yang membangunkan insaniah kita dan mereka. Kemudian kita merasa terseksa di dalam keluarga kerana masing-masing tidak ada rasa bersama dan kerjasama, tidak ada timbang rasa, tidak ada hormat-menghormati dan bertolak ansur sudah tidak wujud.

9. Kemudian kita yang di dalam rumah tangga atau keluarga yang sudah kusut itu pergi bekerja ke pejabat, ke kilang, ke sekolah. Sudah tentu sekalilah kita membawa fikiran yang kusut, jiwa yang berserabut di tempat kerja kita. Penyakit rumah tangga itu terpalit pula di tempat kerja. Di sana pula sudah tidak dapat bahagia.

Tidak nampak lagikah manusia itu di mana puncanya kehilangan kasih sayang, keharmonian dan kebahagiaan?
(Artikel ini diambil dari buku Buah Fikiran Siri 1, karangan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi)

artikel itu tamat di sini.

Namun diskusi dengan kenalan saya itu belum habis. Dia menyatakan masalahnya. Dia seorang ibu yang punya anak dan suami. Dahulu dia bekerja luar sebelum berkahwin, sesudah berkahwin, dia memilih untuk bekerja dari rumah menggunakan bakat dan kemahiran yang ada semata-mata ingin menumpukan perhatian pada suami, dan anak. Bukan dia langsung tidak bekerja, dia masih bekerja tetapi dari rumah.

Dia amat tahu sesudah kahwin dia milik suaminya, hak suaminya, bukan lagi hak kedua ibu bapanya. suaminya merestui dan teramat suka dengan cara dia kini, kerana masih mampu jaga anak dan lebih suka bekerja dari rumah, tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya, kepenatan, tidak membuang masa pergi dan balik kerja, yang penting isterinya gembira akan kerja yang dilakukannya hingga tidak terasa seperti kerja kerana dia menjiwai sepenuhnya kemahiran yang dimilikinya.
Suaminya berkata dia tidak perlu bersusah payah keluar bekerja, kerana itu tanggungjawabnya, bukan isteri. cukuplah sekadar apa yang dikerjkan isterinya itu, malah dapat juga membantu. Lagipun, kenalan saya itu tidak begitu sihat, dia selalu jatuh sakit, cepat penat dan tidak boleh terbeban mindanya dengan banyak hal, langsung terus dia jatuh sakit. sebab itu dia tidak mahu bekerja di luar, kerana dia pernah mengalaminya sewaktu dia bujang dahulunya, dia bekerja di luar. hasilnya balik rumah dia akan rebah kepenatan, selama beberapa jam dan selalu jatuh sakit kerana tekanan kerja.

Saya kasihan melihat kenalan saya yang dalam dilema ini. dia bahagia dengan kehidupannya sekarang, ada masa untuk diluangkan bersama anak dan suami, dan yang pennting dia dapat menjaga anak dengan tangannya sendiri, mendidik anaknya sendiri, itulah impiannya. Malangnya, kemahuannya itu ditentang oleh kedua ibu bapanya yang mahu dia bekerja di luar, kerja pejabat, semata-mata kerana berijazah. Dia tertekan dengan desakan orang tuanya, seperti dia tidak punya suami, seperti suaminya tidak berfungsi sebagai ketua keluarga sehingga dia dan suaminya seperti tidak boleh membuat keputusan sendiri, tetapi ditentukan oleh ibu bapa isterinya.

saya berkata, bukankah sesudah berkahwin, isteri hanya berhak mendenar kata suami, apatah lagi apabila keduanya telah berbincang dan bersefahaman. malah dalam islam sekalipun, si isteri tidak boleh menziarah ibu bapanya yang sakit tenat sekalipun, jika tidak didizinkan suami. kenalan saya dalam dilema, benar ibu baoanya bersusah payah menghantarnya ke U hingga dapat ijazah, tetapi duduk di rumah. tetapi bukankah perngorbanan seorang ibu ini mulia, bukan dia langsung tidak menggunakan ilmunya di univeristi dahulu untuk bekerja dari rumah.

Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Dia amat menyayangi kedua ibu bapanya. tetapi dia juga mencintai minatnya dan rumah tangganya.

Bukankah rezeki Allah SWT terbuka di mana-mana? Asalkan kita sanggup berusaha dan berkorban? Tidak semestinya bekerja di pejabat atau diluar itu saja kita dapat wang. Allah Maha Adil. Malah, kenalan saya ini sudah melakukan istikharah banyak kali, yang dia nampak adalah komputer di rumahnya. Malah suaminya berkata, "sakit-sakit begini mahu kerja di luar? tak payah!"

Kenalan saya bertanya kepada saya , bagaimana pula kalau saya di tempatnya. Saya tidak mampu menjawab selain menangis.

Friday, May 15, 2009

Kaktus?




Ada apa dengan kaktus?
Selama ini saya sukakan mawar merah, walaupun sebenarnya saya tak peduli sangat tentang tumbuh-tumbuhan kerana saya kurang berminat becucuk tanam. tetapi apabila tiba tentang kaktus, saya rasa ia sungguh berbeza dan lain sekali. memang saya sukakan benda yang asing dan unik bagini, tetapi tak besungguh melainkan suami saya pada di awal perkahwinan, ketika kami ke cameron bersama abangnya dan kakak ipar dalam percutian bulan madu pertama. kami membawa balik sepohon kaktus yang boleh makan lalat. suami saya menjaganya dengan baik sehinga bertahan berbulan-bulan lamanya dan bercambah pula. tetapi akhirnya ia mati apabila kami tertinggalkannya di rumah orang lain.

tetapi mengapa dengan kaktus? bagi saya ia ibarat imun, pokok yang kuat, tidak mudah layu seperti si lambang cinta, mawar merah. tetapi mengapa mesti kaktus? bagi saya ia salah satu karya agung Allah SWT, yang memberikan pengajaran besar kepada kita.

Tetapi, mengapa mesti kaktus? Kehidupan kita laksana rumahnya...