Sudah lama saya tidak menulis di sini. Banyak yang berlaku sehingga saya merasakan hidup ini sungguh sesak. Perihal diri yang terkadang sibuk bertenaga, selalu tidak berdaya, dan saat fikiran yang asyik memikirkan soal negara, beban dan kesempitan. Jua ujian tuhan yang membuat saya tidak berhenti berdoa agar diberi kelapangan, kemudahan dan keampunan dosa buat kami sekeluarga.
Namun, di sebalik semua itu, saya berjaya juga menyiapkan sebuah novel cinta islami yang saya tulis dalam masa setahun. Saya letak di ILHAM... jadi para pembaca boleh membacanya secara online. Diharap karya ini berjaya diterbitkan dan dicetak insyaAllah..
Sila klik: sudi-sudikan membaca karya baru saya, MUFFIN UNTUK BILAL di http://ilham.karangkraf.com/